RAYUAN DERMA PEMBINAAN SURAU SMK HILLCREST

Tuesday, 24 May 2011

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian Yang Berbahagia Tan Seri /Dato / Datin / Tuan / Puan berhubung perkara di atas untuk makluman dan tindakan.

Sehubungan dengan itu, PIBG SMK Hillcrest berhasrat menaiktaraf  serta  membesarkan surau sekolah sedia ada.   Kos keseluruhan  program ini dianggarkan sebanyak RM 200, 000.00.

Projek menaiktaraf  serta  pembesaran surau tersebut amat diperlukan bagi memberi kemudahan kepada kira-kira 1700 orang pelajar dan kakitangan  beragama   Islam sekolah ini menjalankan aktiviti keagamaan dan latihan amali matapelajaran Pendidikan Islam.

Oleh yang demikian, besarlah harapan kami agar Yang Berbahagia Tan Seri / Dato / Datin / Tuan / Puan menghulurkan sumbangan kewangan bagi tujuan mulia di atas, dan memanjangkan hasrat tersebut kepada saudara  seagama  yang   lain melalui kad kutipan yang disertakan.

Sumbangan dalam bentuk cek hendaklah ditulis atas nama Akaun  Surau SMK Hillcrest atau dengan memasukan terus ke akaun CIMB Bank 12190001064108 dan dihantar kepada Bendahari, Jawatankuasa Pembinaan Surau SMK Hillcrest.

Sumbangan dan kerjasama Yang Berbahagia Tan Seri / Dato / Datin / Tuan / Puan amat dihargai serta didahului ucapan terima kasih.

Sekian , terima kasih.

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG 2011

Tuesday, 12 April 2011
barisan AJK PIBG


 Antara ibu bapa serta penjaga yg hadir pada hari tersebut



Hari Kecemerlangan Pelajar SMK Hillcrest kali ke 15 (2011)

Monday, 11 April 2011
Pada hari Sabtu 9 April 2011 yang lalu, SMKHC telah mengadakan Hari Kecemerlangan Pelajar SMK Hillcrest kali ke 15 (2011) bertempat di Dewan Anggerik, SMK Hillcrest. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Mohamed Isa bin Hamzah dengan motto "Murid Didahulukan, Kejayaan Diutamakan". Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah dan terima kasih tidak terhingga buat guru-guru, para pelajar serta ibu bapa yang menjayakan majlis gilang-gemilang tersebut.