Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian Yang Berbahagia Tan Seri /Dato / Datin / Tuan / Puan berhubung perkara di atas untuk makluman dan tindakan.
Sehubungan dengan itu, PIBG SMK Hillcrest berhasrat menaiktaraf serta membesarkan surau sekolah sedia ada. Kos keseluruhan program ini dianggarkan sebanyak RM 200, 000.00.
Projek menaiktaraf serta pembesaran surau tersebut amat diperlukan bagi memberi kemudahan kepada kira-kira 1700 orang pelajar dan kakitangan beragama Islam sekolah ini menjalankan aktiviti keagamaan dan latihan amali matapelajaran Pendidikan Islam.
Oleh yang demikian, besarlah harapan kami agar Yang Berbahagia Tan Seri / Dato / Datin / Tuan / Puan menghulurkan sumbangan kewangan bagi tujuan mulia di atas, dan memanjangkan hasrat tersebut kepada saudara seagama yang lain melalui kad kutipan yang disertakan.
Sumbangan dalam bentuk cek hendaklah ditulis atas nama Akaun Surau SMK Hillcrest atau dengan memasukan terus ke akaun CIMB Bank 12190001064108 dan dihantar kepada Bendahari, Jawatankuasa Pembinaan Surau SMK Hillcrest.
Sumbangan dan kerjasama Yang Berbahagia Tan Seri / Dato / Datin / Tuan / Puan amat dihargai serta didahului ucapan terima kasih.
Sekian , terima kasih.
0 comments:
Post a Comment